profile

22 || Fara || Sleepyhead || Student || Cats Lover
Gemuk dan Bulat Di beri Nama
/ Sunday, July 12, 2015
Assalammualaikum semua blogger, dah lama Fara tak update blog kan? mungkin sebab assignment dan project universiti yang bertimbun, sampai rasa nak nangis nak habiskan satu satu project tu. Lagi beberapa hari lagi nak raya, korang mesti tengah sibuk nak beli baju raya la, beli kuih raya la nak cari kasut lepas tu pergi kedai kasut takde saiz kasut korang, sedih betul. Hari ni Fara takde nak merapu macam selalu. Hari ni, 13 Julai 2015, Isnin..tarikh dan hari yang akan Fara akan ingat sampai bila-bila dan akan rindu bila-bila. Korang mesti dah tahu Fara suka kucing, sayang kucing kan? Mana yang tak tahu lagi, Fara sangat suka kucing. Gemuk: Gemuk, ingat lagi Fara yang bagi nama Gemuk sebab badan dia gemuk, perut dia buncit macam bola pingpong. Kucingnya warna putih, bersaiz kecik dan berkaki pendek. Sangat comel. Jantan. Kecik kecik comel manja. Dah besar, semua kucing takut dengan Gemuk sebab Gemuk kuat. Kalau gaduh dulu Gemuk mesti menang. Bila balik rumah muka luka-luka, kaki kadang bengkak tapi Gemuk steady je. Gemuk makan banyak,makan tak memilih, makan je apa yang mak bagi. Kalau makan mesti gelojoh, makan berterabur. Walaupun Gemuk bukan kucing yang di bela sepenuhnya di dalam rumah, tetapi kita sebagai manusia yang dah selalu bagi dia makan dan minum, tempat dia beteduh..lama-lama akan timbulnya rasa sayang, walaupun Gemuk boleh di kategorikan sebagai kucng jalanan pada asalnya. Dan...akhirnya pada 13 Julai 2015 mak jumpa gemuk kat belakang rumah (faham-faham lah), sedihnya tak terkata...badan gemuk bersemut,Fara bersihkan bulu Gemuk sebelum kebumikan Gemuk. Gemuk, Fara akan ingat gemuk sampai bila-bila, Gemuk la kucing yang paling lama keluarga Fara bagi makan, panggil nama Gemuk, macam Gemuk dah jadi famili Fara. Bulat: Bulat, kucing yang Fara lihat dia lahir dari mak dia (Dollilah), kucing yang paling lambat keluar, lama nak tunggu Bulat keluar dari mak dia. Bila Bulat keluar, Fara terkejut sebab saiz Bulat besar dari yang 3 ekor adik beradik Bulat yang lain. Fara Excited. Bulat, kucing paling manja, suk duduk dalam rumah. Suka tidur. Suka tidur dengan mak. Mulut yang paling bising dari yang lain. Bulat, kucing betina yang mempunyai bulu yang panjang warna oren berbelang sedikit. Sangat cantik. Mukanya pun sangat comel, cantik dan mempunyai mata yang sedih. Sangat comel dan berkaki pendek. Kucing paling cantik dan comel dari yang lain. Bulat sakit, tak tahu sakit apa, pada hari Fara dan adik Fara nak bawa pergi klinik, Bulat hembuskan nafasnya yang terakhir di bilik Fara di bawa kerusi meja solek. Fara bau Bulat, baunya wangi, baunya macam bayi..sangat wangi. Bulat, kucing Fara paling terasa kalau dia takde, sebab Bulat suka duduk atas laptop Fara kalau Fara tengah tengok movie atau drama korea. Fara akan rindu suara Bulat suka mengiau. Akan rindu Bulat dan Gemuk sampai bila-bila. |
profile
![]() 22 || Fara || Sleepyhead || Student || Cats Lover tagboard
credits
© 2014 - layout or template created by fauxteeth. inspiration from fleurglansbeek. the icon is from the fading night and the web icons are from weloveiconfonts. fonts are from google and dafont. please do not remove credits.
|