profile

22 || Fara || Sleepyhead || Student || Cats Lover
Summary untuk cuti sem ni :)
/ Thursday, November 21, 2013
![]() Halloow,dan selamat tengahari. Hahahaha hari ni baru sedar diri sendiri ada blog dah lama mati - -. Selama cuti sebulan lebih ni memang malas gila nak update blog (MALAS SANGAT). Sedar sedar tinggal lagi beberapa hari je nak sambung balik study hehe. Nampak tak tu malas betul dia ni ish ish ish. Fara takde buat ape pun selama cuti sebulan ni just hangout dengan mak, adik dengan boyfriend je. huh ayat. Dengan kawan pun malas nak keluar, tak tahu la perasaannya macam malas gila nak hangout dengan diaorang. Kesian Nabila~ nak hangout tapi sebabkan sifat malas ni jadi terkubur je la hasrat tu. Takpe, lain kali cuti New year ke or Cuti Chinese New Year kite keluar ek? Cuti ni Fara habiskan masa dengan tengok drama dengan runningman je. Drama yang Fara tengok Marry Him If You Dare [Korean], The Suspicious Housekeeper [Korean], Love Around [Taiwan] dengan yang Fara rasa paling best drama Just You [Taiwan]. Walaupun cerita drama Taiwan tapi disebabkan pelakon dia hensem dengan cantik Fara sanggup tengok hehe tapi jalan cerita dia not bad adalah nampak turun naik jalan cerita dia.Adalah rasa adventure sikit? Uuum dan untuk Semester 4 Fara akhirnya dapat juga deanlist walaupun korang tak nak tahu pun tapi Fara nak tulis juga hehe. Fara ni kalau belajar tak kisah pun kalau tak dapat deanlist janji pointer kena 3.00 keatas kalau boleh pointer tu mesti lebih 3.30 tapi memang selalu dapat antara 3.30-3.40++ tapi tak pernah dekan pun. Dapat macam tu pun dah bersyukur, tak nak susahkan otak ni. Orang kata Fara study macam orang gila masa nak exam. Well itu biasa la kan? Semua orang pun macam tu.. kalau nak pointer kite maintain kan? Bukan study macam orang gila tapi itu lumrah lah kalau fikir tak nak repeat paper kan~ Dan Semester depan ni Semester 5 iaitu semester terakhir untuk Di-Ploma in Office Management. Fara akan buat yang terbaik walaupun tak tahu apa rintangan yang akan datang. Tak tahu pun subject tu susah mana. Tapi simpan cita-cita kena buat yang terbaik walau susah mana pun mesti kena buat yang terbaik.Bagi Fara Semester 4 iaitu Semester lepas ni Fara rasa paling tertekan sikit berbanding sem sem yang dah lepas. Mungkin sebab ada buat Event dan mungkin sebab assignment dan presentation yang keep datang tak stop stop, yes memang stress pun tapi itu lah student diploma yang kena lalui setiap hari. Belum campur dengan cuaca yang panas masa nak pegi kelas tu kan? Tengok kulit pun bengang je dah hitam = = *geleng kepala* mengeluh je lah ek. Sem depan insyallah Fara akan graduate tapi Fara graduate kat kampus pahang je kot~ dah tak buat kat Shah Alam dah. Tak tahu la macam mana rupanya nanti. Walaupun lambat lagi iaitu tahun depan tapi tak tahu bulan berapa. Tapi last exam bulan April, graduate tak tahu bulan berape. Lepas graduate lain pula cerita kan...huum panjang lagi perjalanan. Hopefully semua baik baik :). Labels: back to study, daily life, deanlist, korean drama, pointer, taiwan drama, uitm |
profile
![]() 22 || Fara || Sleepyhead || Student || Cats Lover tagboard
credits
© 2014 - layout or template created by fauxteeth. inspiration from fleurglansbeek. the icon is from the fading night and the web icons are from weloveiconfonts. fonts are from google and dafont. please do not remove credits.
|