profile

22 || Fara || Sleepyhead || Student || Cats Lover
Gemuk dan Bulat Di beri Nama
/ Sunday, July 12, 2015
Assalammualaikum semua blogger, dah lama Fara tak update blog kan? mungkin sebab assignment dan project universiti yang bertimbun, sampai rasa nak nangis nak habiskan satu satu project tu. Lagi beberapa hari lagi nak raya, korang mesti tengah sibuk nak beli baju raya la, beli kuih raya la nak cari kasut lepas tu pergi kedai kasut takde saiz kasut korang, sedih betul. Hari ni Fara takde nak merapu macam selalu. Hari ni, 13 Julai 2015, Isnin..tarikh dan hari yang akan Fara akan ingat sampai bila-bila dan akan rindu bila-bila. Korang mesti dah tahu Fara suka kucing, sayang kucing kan? Mana yang tak tahu lagi, Fara sangat suka kucing. Gemuk: Gemuk, ingat lagi Fara yang bagi nama Gemuk sebab badan dia gemuk, perut dia buncit macam bola pingpong. Kucingnya warna putih, bersaiz kecik dan berkaki pendek. Sangat comel. Jantan. Kecik kecik comel manja. Dah besar, semua kucing takut dengan Gemuk sebab Gemuk kuat. Kalau gaduh dulu Gemuk mesti menang. Bila balik rumah muka luka-luka, kaki kadang bengkak tapi Gemuk steady je. Gemuk makan banyak,makan tak memilih, makan je apa yang mak bagi. Kalau makan mesti gelojoh, makan berterabur. Walaupun Gemuk bukan kucing yang di bela sepenuhnya di dalam rumah, tetapi kita sebagai manusia yang dah selalu bagi dia makan dan minum, tempat dia beteduh..lama-lama akan timbulnya rasa sayang, walaupun Gemuk boleh di kategorikan sebagai kucng jalanan pada asalnya. Dan...akhirnya pada 13 Julai 2015 mak jumpa gemuk kat belakang rumah (faham-faham lah), sedihnya tak terkata...badan gemuk bersemut,Fara bersihkan bulu Gemuk sebelum kebumikan Gemuk. Gemuk, Fara akan ingat gemuk sampai bila-bila, Gemuk la kucing yang paling lama keluarga Fara bagi makan, panggil nama Gemuk, macam Gemuk dah jadi famili Fara. Bulat: Bulat, kucing yang Fara lihat dia lahir dari mak dia (Dollilah), kucing yang paling lambat keluar, lama nak tunggu Bulat keluar dari mak dia. Bila Bulat keluar, Fara terkejut sebab saiz Bulat besar dari yang 3 ekor adik beradik Bulat yang lain. Fara Excited. Bulat, kucing paling manja, suk duduk dalam rumah. Suka tidur. Suka tidur dengan mak. Mulut yang paling bising dari yang lain. Bulat, kucing betina yang mempunyai bulu yang panjang warna oren berbelang sedikit. Sangat cantik. Mukanya pun sangat comel, cantik dan mempunyai mata yang sedih. Sangat comel dan berkaki pendek. Kucing paling cantik dan comel dari yang lain. Bulat sakit, tak tahu sakit apa, pada hari Fara dan adik Fara nak bawa pergi klinik, Bulat hembuskan nafasnya yang terakhir di bilik Fara di bawa kerusi meja solek. Fara bau Bulat, baunya wangi, baunya macam bayi..sangat wangi. Bulat, kucing Fara paling terasa kalau dia takde, sebab Bulat suka duduk atas laptop Fara kalau Fara tengah tengok movie atau drama korea. Fara akan rindu suara Bulat suka mengiau. Akan rindu Bulat dan Gemuk sampai bila-bila. HELLUU [ KILL ME HEAL ME, HEALER KOREAN DRAMA] / Tuesday, January 20, 2015 ![]() Hai, hehe dah lama tak update blog ni kan? Fara sibuk dengan assignment,project so blog ni tergendala untuk beberapa bulan, rasanya dalam 4 bulan macam tu tergendala. Huuum, so jangan pelik kalau blog ni jap jap nanti tergendala lagi hehe, Fara tak tutup pun blog ni pun tak private kalau Fara tak update. So sekarang ni Fara tengah cuti sem (degree) diploma baru start masuk kan tak silap? cuti pun sebulan lebih je pun, okay la tu kan...tapi bila dah mula masuk sem nanti sure sure sibuk tak menyempat nak update blog,kalau ada masa buat benda lain dari update blog. ![]() Ha! siapa siapa yang peminat korea kat sini? angkat tangan!hee Fara memang minat korea dari zaman sekolah dulu, dah lama dah tapi sekarang takde la nak jadi fanatic sangat. Biasa biasa je, sekarang ni Fara tengah addict tengok drama korea, mula mula Fara tengok Healer, mulanya nak try la kot best, tang tang melekat pula tengok, bagi Fara cerita ni better sikit dari Pinocchio, Pinocchio boleh tahan sebab ada Lee Jong Suk mungkin? Lagi satu cerita Fara paling suka, drama korea Kill Me Heal Me,drama ni pasal Cha Do Hyun (Ji Sung) dia ada penyakit macam macam personaliti? kat dalam drama ni ada 7 ke 6 watak dia main. Tapi best la dengan kelakar cerita :). Fara sebenarnya takde apa pun nak update, sebab takde lagi cerita nak di cerita kan, saja bagi hidup sikit blog ni. Kalau ada cerita, baru Fara update lagi blog ;). Labels: healer, jichangwook, jisung, kill me heal me, korean drama, parkminyoung HIATUS / Saturday, November 22, 2014 Dear to all bloggers, I will post on this blog again early on January 2015 or end of this year December. Status: Busy with assignment, project and event. Sincerely, Fara Razif :) MH 17 / Friday, August 22, 2014 ![]() Labels: berkabung, hari berkabung, malaysia, malaysia berkabung, MH17 Giveaway || Saya Nak Poskad Dari Moscow by http://perksofbeingeva.blogspot.com / Thursday, August 21, 2014 Assalammualaikum blogger blogger, hari ni fara nak join giveaway "Saya Nak Poskad Dari Moscow" ini kali pertama fara join giveaway. Terima kasih kepada Aina Akmal [http://nurainahanis.blogspot.com/] sebab tag fara. Sebelum ni fara ada ditag juga tapi fara malas nak join sebab kadang giveaway dia macam topup laa,kalau yang ada topup tu fara susah sikit sebab fara tak guna topup haih~ kalau guna topup dah lama tak pun laju je fara join giveaway mana mana tapi yang ni pasal poskad so apa salahnya mencuba nasib unutk join giveaway ni sebab macam menarik je kalau dapat poskad dari Moscow kan hehe. ![]() Mereka yang di tag: Aki NurHafzhan Intan Labels: giveaway, moscow, poskad, tag Short Letter to oohmerule.blogspot.com [Umirul] :) / Monday, August 18, 2014 To: Umirul (oohmerule.blogspot.com) ![]() ![]() Terkejut fara, umirul buat entry post kat blog pasal fara haha. Apa pun terima kasih umirul, fara pun rasa best juga kalau dapat jumpa umirul. Real bukan dalam blog kan?uum berape tahun? Rasanya dah lama..sejak fara sebelum masuk U lagi fara dah chat kat cbox umirul. Lama daaaa, zaman dulu fara muda lagii, sekarang ni pun still muda hehe tapi dulu belasan lagi sekarang dah masuk 20-an pun umur. Walaupun dah masuk 20-an fara still sama macam dulu, kecik, rendah macam budak sekolah = =. Bila fikir balik, rasanya umirul paling lama kawan kat blog walaupun kadang kadang lamaaa meghilang tapi then timbul balik kat cbox kan. HAH kau, bila dah nampak kat cbox, tersenyum lebar bila nampak nama kawan blog yang lama. Kadang bila lama tak timbul kat blog..bukan bermaksud hilang, cuma masing masing ada commitment sendiri kan..ada yang sibuk dengan project, event, assignment, exam, kerja dan sebagainya. Dulu fara guna nama nickname soonei kat blog lama..sekarang ni je guna nama sendiri sebab dah besar kan~ cuma url blogspot je fara tak guna nama sendiri. Fara dalam blog maybe banyak membebel tapi kalau depan depan secara real fara kurang bercakap tapi kalau korang bercakap fara ada bagi respond laa..kalau tak bagi respond nanti tu bukan manusia namanya kan hehe. Fara berharap suatu hari nanti, bila bila lah jikalau masa dan keadaan mengizinkan, fara berharap akan dapat jumpa umirul, insyaallah ![]() Labels: daily life, friends, letter, oohmerule, shortletter, umirul ST PROFESSIONAL MAKEUP-DOLL SKIN FOUNDATION / Friday, August 15, 2014 ![]() ![]() Hello bloggers ![]() Jenama Sendayu Tinggi ni guna best, sebab kalau ada kesan jerawat confirm 98% daripadanya akan di lindungi hehe. Liquid foundation Sendayu Tinggi ni pekat gila kalau di bandingkan dengan yang lain dan yang penting bila pakai kat muka tak rasa macam ada pakai apa apa kat muka sebab liquid foundation dia pekat dan tidak berminyak tapi kalau kulit korang jenis berminyak better guna foundation jenis macam ni sebab dia mengurangkan pengeluaran minyak kat muka korang bila pakai, kalau ada glowing kat muka pun nampak macam glowing yang natural. Korang boleh dapatkan foundation sendayu tinggi RM35 dan ke atas. Masa fara beli, fara dapat beli dengan harga RM35 tak tahu la sekarang. Harga memang sedikit mahal tapi kalau pandai guna..korang boleh guna foundation selama setahun muehehehe. ![]() ![]() Foundaation jenama Sendayu Tinggi ni ada tiga jenis tak silap. Dia ada 1.'very cute' 2.'so sweet' 3.'too pretty' yang ini fara dah bagi nombor dari yang cerah ke gelap sikit warna foundation tu..kalau nak maklumat lebih lanjut korang boleh google sendayu tinggi punya product or korang boleh pegi kat kedai yang jual barang barang sendayu tinggi ataupun korang boleh beli je kat watson yang ada sediakan ruang untuk sendayu tingggi..tak semua tempat ada..kena rajin cari. Harap-harap ini boleh bagi maklumat sikit kat korang yang nak mencuba...fara saja saja je buat review, bukan selalu pun kan hehe ![]() Labels: fara razif, fararazif, review, sendayu tinggi, sendayu tinggi doll skin foundation, sendayutinggi, sendayutinggidollskinfoundation |
profile
![]() 22 || Fara || Sleepyhead || Student || Cats Lover tagboard
credits
© 2014 - layout or template created by fauxteeth. inspiration from fleurglansbeek. the icon is from the fading night and the web icons are from weloveiconfonts. fonts are from google and dafont. please do not remove credits.
|